Thursday 29 August 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN SSQS UNTUK GURU PENOLONG KANAN 1 SEKOLAH AHLI 2013

Taklimat Pelaksanaan SSQS 2013 Untuk Guru Penolong Kanan 1  telah diadakan di PKG Sentul  pada 28 Ogos 2013(Rabu). Kesemua  51 buah sekolah ahli telah menghadiri taklimat berkenaan. Pegawai UCIT BTPNKL iaitu En Mohd Zabidi bin Ismail dan Penolong Pengarah UCIT BTPNKL, En Mohd Hazri bin Minhat turut menyampaikan maklumat penting yang perlu dilaksana di peringkat sekolah. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya iaitu Pn Haslizah bt Jibin memberikan penerangan mengenai tatacara pelaksanaan SSQS serta tindakan yang perlu Guru Penolong Kanan 1 jalankan sepanjang tempoh pelaksanaan SSQS 2013 dijalankan di sekolah masing-masing. 



Tuesday 20 August 2013

Pengumuman

Smart School Qualification Standards

SSQS 2.0 2013


Perhatian kepada semua Guru Penolong Kanan Sekolah.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat mengenai SSQS 2.0 akan diadakan seperti yang berikut :

Tarikh : 28 Ogos 2013

Masa : 8.30 pagi

Tempat : PKG Sentul

Surat panggilan akan dimasukkan ke dalam pigeon hole mengikut sekolah masing-masing di JPNWP. Kehadiran tuan/puan diharap akan dapat menerima penjelasan dan membantu pihak sekolah mengenai pengisian SSQS 2.0 kelak.

Sila rujuk surat panggilan :
 http://btpnkl.weebly.com/uploads/1/4/5/8/14580296/04_surat_panggilan_bengkel_gpk_tk.pdf
sila rujuk arahan KPM:
http://btpnkl.weebly.com/uploads/1/4/5/8/14580296/surat_makluman_penarafan_ssqs_2013_jpn.pdf 


Sekian terima kasih.